JJ Project.




Assalamualaikum and hello. This is JJ Project which is part of GOT7. Best song, "tomorrow,today". Enjoy! 😄

Kisah Viral 10 VS 1




Assalamualaikum guys. Lama tak update blog. dah dua tahun rasanya. Agak lama juga tu. Nampakla 'ke-buzy-an' tu. Hahahaha. key tak lawak.
I don't want talk about my blog. I just want to talk about hot issue.
Minggu ni, ada dua isu yang sensasi.
1. Aliff Aziz
2. Kes buli 10 lawan 1.
Let's focus on the second issue. Apa pendapat anda tentang isu ni? Kes buli yang semakin menular di negara kita yang pesat ni. Sebelum ini pun, sudah banyak kes-kes seperti ini berlaku tetapi tak sangka pula kes ini berlaku di tempat saya sendiri. Tempat saya bukan kawasan bandar, hanya ada pekan sahaja. Di pekan tu pun, tak da laa luas mana pun. Hanya menjual barang basic keperluan rumah sahaja. Panggung wayang, club, pusat karaoke dan lain-lain tak ada di Kunak ni. Kalau nak pergi tempat macam tu, kena naik kereta atau kenderaan lain selama lebih kurang dua jam baru sampai bandar. Kalau dah kawasan tempat saya yang tak seberapa ni pun dah ada kes buli macam tu, apatah lagi di kawasan-kawasan bandar. Kes buli seperti ini biasanya berlaku hanya disebabkan benda yang remeh-temeh. Contohnya seperti, rebut lelaki dan sebagainya.



Perkara seperti ini, seharusya perlu dipandang serius dan bantu untuk membanterasnya. Jangan terlalu berharap dengan pihak polis dan pendidikan untuk menangani isu seperti ini. Kes seperti melibatkan semua orang, masyarakat, ibu bapa dan lain-lain. Setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing.

Terdapat beberapa perkara yang saya rasa perlu diperbaiki untuk menangani gejala seperti ini.

Pertamanya adalah masyarakat. Video dan gambar banyak tersebar di media sosial Facebook, artikel dan sebagainya. Tak salah nak viralkan dengan tujuan memberi pengajaran dan berhati-hati tetapi yang salah adalah bilamana kita memberi komen dan makian yang tidak sepatutnya. Terdapat juga sesetengah masyarakat atau ahli Facebook yang berkongsi video dan gambar dengan  kapsyen yang tidak sepatutnya. Selain itu, banyak juga persepsi atau cerita-cerita yang kurang sahih di sebarkan. Benda yang kurang tepat atau tidak betul disebarkan boleh menyebabkan fitnah.  Oleh itu, kita sebagai masyarakat atau ahli Facebook seharusnya beristighfar dan muhasabah diri kita balik. Kenapa perlu istighfar? sebab bila kita dapat atau tahu kes viral seperti ini, pasti akan menimbulkan perasaan marah dan emosi.  Perasaan marah dan emosi yang tidak stabil seperti inilah yang menyebabkan kita terus memaki, komen yang tidak bagus dan sebagainya. Tanpa kita sedar, syaitan telah menghasut kita dengan modal perasaan marah dan emosi yang tidak stabil. Sebab itulah pentingnya beristighfar atau sebut nama-nama Allah bila dapat berita seperti ini dan doa yang terbaik untuk mereka.

Seterusnya ialah peranan ibu bapa. Ibu bapa adalah orang yang paling penting dalam membanteras kes buli seperti ini. Kenapa? Hal ini kerana, ibu bapa adalah orang yang akan mencorakkan anak-anak. Sejak kecil lagi, anak-anak seharusnya diberi didikan agama yang secukupnya. Namun demikian, dalam kita mendidik anak-anak dengan agama, kita sebagai ibu bapa juga seharusnya perlu didik diri kita sendiri dengan agama. Bukan sekadar mendidik, tetapi kita juga perlu menjadi contoh kepada anak-anak agar menjadi ikutan. Hidupkan suasana Islam didalam rumah. Contohnya seperti, solat jemaah, mengaji, tahajud dan sebagainya. Amalkan amalan sunnah di rumah dan bila berkumpul sesama ahli keluarga, bincangkan atau kongsi ilmu-ilmu yang ada serta boleh dijadikan pengajaran. Ibu bapa juga perlu tahu aktiviti anak-anak, dia jalan dengan siapa, berkawan dengan siapa dan sebagainya. Jika rasa anak-anak berkawan dengan orang yang tidak sepatutnya, lakukan sesuatu. Jangan hanya memberitahu secara lisan dan membiarkan begitu sahaja tanpa lakukan apa-apa tindakan. Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah ibu bapa yang  mendidik anak dengna baik, penuh didikan agama dan sebagainya tetapi anak-anak tetap nakal. Hal ini juga biasa berlaku dalam kalangan kita. Kekadang, ibu bapa telah lakukan yang terba untuk anak, tetapi anak tetap keras kepala dan sebagainya. Jika berlaku seperti ini, ibu bapa perlu muhasabah diri balik, berdoa dan memohon pertolongan. Setiap ujian itu pasti ada penyelesaianya.



Apa yang saya share disini adalah pendapat peribadi saya sahaja. Apa-apa pun, harapan saya agar kita sama-sama membanteras gejala buli seperti ini. Kes seperti ini, boleh merosakkan nama negara. Anak-anak muda pada masa sekarang adalah pemimpin negara pada masa akan datang. Kalau kita terus membiarkan anak-anak muda dengan dunia seperti ini, maka negara akan hancur pada masa akan datang. Kalau nak tengok macamna negara pada masa akan datang, kita tengok anak-anak muda pada masa sekarang. Jika buruk perangainya, maka hancurlah kita. Begitu juga sebaliknya. Akhir sekali nak ucapkan tahniah kepada pihak polis dan pihak lain yang terlibat. Semua mereka telah ditahan di lokap selama beberapa hari sebagai pengajaran buat mereka agar tidak mengulanginya lagi. Pengajaran juga buat pelajar-pelajar lain agar hentikan gejala buli seperti ini. Sekian. 😊