Assalamualaikum .
first nak ucap SELAMAT BERPUASA semua . semoga di bulan yang mulia ini iman dan amalan kita yang baik semakin bertambah . bukan berkurang . Topik yang HOT bulan mulia ni mesti pasal baju raya , kuih raya , rumah raya dan segala-gala ny raya . ini la yang berlaku zaman sekarang , belum puasa lagi dah buzybuzy urus baju raya . tu belum lagi lagulagu raya yang berkumandang kat shopping mall dan segala tempat . belum start puasa dah buzybuzy download lagu raya . hey , duniadunia .
readers sakalian , kalaw boleh elakkan laa tabiat macam ney . sepatutny dalam bulan yang mulia ini banyakkan amalanamalan yang baik . nak tahu x , pahala di bulan puasa ni berbeza dengan bulanbulan yang lain . so , apa lagi ? rebutlah pahala tu . kumpul banyak-banyak pahala di bulan mulia . yang paling best , x da syaitan pun nak kacau kita beribadat di bulan puasa . x da syaitan pun nak hasuthasut kita buat jahat . yang ada hanyalaa nafsu . dan nafsu itu perlu di lawan berhabis habisan di bulan ramadhan ney . apaapa pun hani nak juga ucapkan selamat beramal . :)
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN.
1.Dibelenggu para syaitan dan jin.
Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.
“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.
3. Pintu neraka ditutup.
Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.
4. Dibuka semua pintu syurga.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.
5. Allah perhiaskan syurga.
Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.
6. Dilepaskan tahanan neraka
Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”
7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.
8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.
P/S : Di sini saya nak buat iklan sikit . Barubaru ini , hari Ahad 29.6.2014 bersamaan dengan 1 RAMADHAN , berlaku nya satu kebakaran yang melibatkan banyak rumah yang terbakar . Terdapat sesetengah keluarga yang tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting dan barang-barang keperluan mereka .Jadi , mohon jasa baik tuan , puan , encik , cik , abang dan kakak untuk menghulrkan bantuan kepada mangsa kebakaran ini . Di bulan yang mulia ini alangkah baikny jika kita bersedekah kepada orang yang memerlukan , :) mudah-mudahan anda di murahkan rezeki dan di tempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh . amin :)
anda boleh la menderma melalui bank . no akaun yang tertera di gambar tersebut . |
No comments:
Post a Comment