kawin married




Assalamualaikum ,
malam ni hati terasa nak  update sesuatu . setelah berkurun lamanya tak menaip , tak kongsi, tak bagi pendapat and so on . mohon maaf . Malam tetiba nak bagi pandangan tentang kahwin . Zaman sekarang , dah ramai sangat pasangan muda . telinga and mata ni , asyik dengar khabar kawan kawin jaa . asyik dengar pelajar universiti yang kawin . ada juga yang dah habis SPM dah kawin . MasyaAllah . terbaik sesetengah anak muda zaman sekarang. golongan ini la yang mengurangkan maksiat dan seumpamanya . tak lupa juga buat ibu bapa yang support anak mereka kawin muda . tahniah .

Kawin ? apa maksud kawin/married ? seperti yang kita tahu , kawin adalah menyatukan hubungan antara lelaki dan wanita dengan satu ikatan yang sah . hubungan itu adalah hubungan suami isteri . salah satu kelebihan berkawin , elakkan diri dari maksiat .
apa pandangan saya tentang kawin muda ? pada saya , kawin muda tu tak salah . tapi biarla dengan niat yang betul . niat kawin tu biarlah kerana Allah . bukan hanya meleppaskan nafsu semata . dan bukan juga sekadar hiburan atau di jadikan mainan . kejap kawin , kejap cerai and so on . tujuan kawin ni , untuk mendapat redha Allah . dan biarlah perkahwinan itu kerana Allah . Pada saya , kalau boleh pelajari dan tuntutlah ilmu rumah tangga dengan lebih mendalam sebelum berkahwin . kalaw boleh , buatla perancangan atau 'target' bila nak kawin . jadi , bolehla tetapkan masa nak cari ilmu rumah tangga . contoh ny , target kawin dua tahun akan dtg , so sebelum dua tahun kenala mantapkan iman dan ilmu di dada . kenapa saya sangat tekankan tuntut ilmu rumah tangga ? Sebab , ilmu yg dipelajari tu boleh di aplikasi kan dalam rumah tangga . selain tu , bole memantapkan diri untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam berumah tangga . dan dengan adanya ilmu juga , bole mengurangkan kadar kes penceraian yang berlaku . tapi , kalau dah sampai tahap WAJIB kawin dan tak sempat nak tuntut ilmu , kawin jaa laa . Mungkin selepas kawin bole tuntut ilmu bersama isteri . wallahualam .

apa yang saya tulis ni adalah pandangan saya . setiap orang berbeza pedapat , berbeza cara dan sebagai nya . pesan saya yang terakhir , jika anda ada keinginan untuk kawin awal , pastikan niat anda betul dan hanya kerana Allah . bukan lepas tengok video video kawin , or gambar gambar kawin terus nak kawin . perbetulkan balik niat kawin itu , dan sebaik baiknya solat istikharah . mohon petunjuk dr Allah . Hanya padaNya lah kita bersujud , memohon dan meminta . then , restu ibu bapa sangatla penting . dan kalau buat walimah , jgn la berlebihan sehingga membazir . buatla secara sederhana dan tak berlebihan . akhir kalam , mohon maaf jika ada tersalah kata kata . semoga anda yang membaca bertemu jodoh yang baik dan soleh/soleha . terima kasih .





No comments:

Post a Comment